Al Haq






Tajdid

Fiqh

Politik

Risalah

Pendidikan

Penerangan

Al Haq

Album 1

Album 2

Guest Book

  


SUARA AL HAQ


Fitnah dan Pembohongan Pas Mengenai Wang Ehsan

Mukadimah

Wang Ehsan atau Royalti? Kedua-dua perkataan ini yang membawa dua makna berbeza secara sengaja telah disamakan oleh kerajaan Pas Terengganu. Pas mendakwa pembayaran wang hasil petroleum oleh Kerajaan Pusat selama ini adalah “royalti”dan patut dibayar oleh Kerajaan Pusat. Ini tidak tepat. Sebenarnya Pas yang terkeliru dan sengaja tidak mahu faham dalam perkara ini.

Dalam perjanjian di antara Kerajaan Negeri terengganu dan Petronas ditandatangani pada 22 Mac 1975, tiada perkataan royalti digunakan. Apa yang disebutkan dalam perjanjian ialah pembayaran wang tunai (cash payment)
Mengikut Seksyen 4 Akta Kemajuan Petroleum 1974 yang menjadi asas perjanjian tersebut:

"Sebagai balasan bagi pemunyaan dan hak-hak, kuasa-kuasa, kebebasan-kebebasan dan keistimewaan-keistimewaan yang diletakkan padanya menurut Akta ini, perbadanan (Petronas) itu hendaklah membuat kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang berkenaan apa-apa pembayaran wang tunai sebagaimana yang dipersetujui oleh pihak berkenaan."(Seksyen 4 Akta Kemajuan Petroleum 1974)

Perkara ini diakui sendiri oleh Menteri Besar Terengganu Haji Hadi Awang. Kata beliau:

"Perkataan royalti tidak disebut tetapi perjanjian itu merujuk kepada pembayaran wang secara tunai sebanyak 5 peratus kepada kerajaan negeri"(The Sun Jumaat 15 September, 2000)

Hadi Awang sendiri mengaku perkataan royalti tidak disebut dalam perjanjian 1975 yang mereka pertikaikan. Royalti merupakan satu perkataan yang digunakan oleh Pas untuk menegakkan benang basah kononnya hasil minyak Malaysia yang telaga minyaknya terletak kira-kira 150 kilometer di luar pantai Terengganu adalah milik Pas, bukan milik rakyat Terengganu.

Wang ehsan petroleum itu milik rakyat Terengganu. Ia bukan milik Pas. Kerana hakikat inilah Kerajaan Pusat mahu membayar wang ehsan itu secara terus kepada rakyat negeri Terengganu. Cuma kali ini mekanisme pembayaran itu bertukar.

Dahulu wang ehsan dibayar kepada Kerajaan negeri dan diuruskan oleh Kerajaan Negeri tetapi kini ia ditadbirkan oleh sebuah Jawatankuasa Peringkat Pusat (JPP) yang dianggotai oleh para pegawai kanan Kementerian Kewangan dan Jabatan-Jabatan persekutuan. Prinsip bahawa ia dibayar dan diuruskan. Kini ia dibayar oleh Kerajaan Pusat secara terus kepada rakyat, tidak lagi melalui kerajaan negeri.

Bayar tetap bayar. Dulu melalui kerajaan negeri, sekarang tidak lagi. Itu sahaja. Para pemimpin Pas mengakui rakyat Terengganu dapat terus menikmati wang ehsan petroleum. Yang tidak Cuma kerajaan negeri pimpinan Pas.

Inilah cerita sebenarnya namun kerana kepentingan politik picisan Pas, Hadi Awang sanggup menabur fitnah untuk rakyat Terengganu. Dalam ceramah-ceramahnya dan mengeksploitasi perkataan royalti sebagai senjata politik. Fitnah-fitnah itu digunakan oleh Pas untuk menutup kebenaran.

Inilah cerita sebenarnya namun kerana kepentingan politik picisan Pas, Hadi Awang sanggup menabur fitnah untuk mengelirukan rakyat Terengganu. Dalam ceramah-ceramahnya dia mengeksploitasi paerkataan royaltisebagai senjata politik. Fitnah-fitnah itu digunakan oleh Pas untuk menutup kebenaran.

Punca sebenar kerajaan Pas Terengganu marah?

Punca sebenar kemarahan Pas ialah keputusan Kerajaan Pusat untuk membayar terus wang ehsan kepada rakyat negeri Terengganu dan bukannya kepada kerajaan negeri.

Ekoran itu, Kerajaan Negeri Terengganu yang dipimpin oleh Pas bertindak bagaikan orang pendek akal dengan menavbur ftnah di merata-rata tempat mengatakan kerajaan pusat telah merampas hak mereka. Kerajaan Pas Terengganu bertindak demikian kerana mereka kini mahu wang ehsan dibayar kepada mereka. Kerajaan Pas Terengganu mahu ini dilakukan kerana mereka berada di dalam keadaan kelam kabut akibat tidak mampu menunaikan janji-janji politik pada pilihanraya umum 1999.

Mereka membuat janji-janji politik dengan memperalatkan wang petroleum Terengganu. Dalam pilihan raya umum 1999 mereka berjanji untuk menghapuskan tol dan cukai yang menjadi sumber hasil mana-mana kerajaan di dunia ini. Akibat janji itu, kerajaan Negeri Terengganu tidak mendapat sumber kewangan. Pada fikiran Pas, mereka akan lebih popular kalau cukai dihapuskan. Bagi parti ini, populariti lebih penting daripada pembangunan negeri.

Kini kerajaan Pas Terengganu hanya memperolehi hasil sebanyak RM162.2 juta setahun. Ini tidak cukup besar bagi Pas. Tanpa wang petroleum yang dibayar setiap tahun oleh Kerajaan Pusat, Terengganu mengalami defisit akaun semasa sebanyak RM111.5 juta. Oleh kerana akaun kerajaan Pas Terengganu mengalami defisit mereka menghadapi kesakitan politik yang amat sangat.

Sekarang Pas tengah pening kepala nak cari duit untuk tutup defisit ini. Pening kepala inilah sebenarnya yang menjadi isu kepada Pas.

Sebab Kerajaan Pusat tukar mekanisme pembayaran Wang Ehsan

Pada tahun 2000, Kerajaan Pusat membuat dua pembayaran wang ehsan. Yang pertama ialah pada bulan Februari 2000 sebanyak RM432 juta yang dislurkan terus kepada Kerajaan Negeri Terengganu. Bayaran itu adalah sebahagian daripada wang ehsan tahun 2000 berjumlah RM912 juta yang perlu diberikan kepada rakyat Terengganu seperti yang termaktub di dalam persefahaman (MOU) dengan Petronas.

Ketika itu Kerajaan Pusat mengharapkan Kerajaan Pas Trengganu membelanjakan wang tersebut dengan bijak untuk kemakmuran rakyat Terengganu. Sepanjang waktu itu tidak timbul pun soal royalti.

Malangnya apa yang berlaku ibarat harapkan pagar, pagar makan padi. Wang RM432 juta itu diambil oleh Kerajaan Pas Terengganu dengan cara yang menimbulkan syak hingga Kerajaan Pusat tertanya-tanya ke mana wang itu pergi. Kerajaan Pusat tidak diberitahu sama ada wang itu diberikan kepada orang miskin atau tidak, atau digunakan untuk tujuan lain.

Hingga ke hari ini Hadi Awang tidak pernah memperincikan butiran perbelanjaan wang tersebut kepada Kerajaan Pusat. Ada pihak percaya wang rakyat itu telah disalahgunakan untuk kegiatan Pas seperti membiayai muktamar dan ceramah, lawatan-lawatan pemimpin Pas ke luar negara dan penganjuran majlis-majlis politik yang tidak kena mengena dengan Kerajaan Negeri.

Setelah memikirkan penyelewengan yang mungkin dilakukan oleh Pas, Kerajaan Pusat sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab bertindak menukar mekanisme pembayaran wang ehsan demi memastikan wang itu sampai kepada rakyat dan digunakan untuk membangunkan negeri Terengganu.

Tetapi niat murni Kerajaan Pusat ini telah difitnah oleh Pas. Hadi Awang dan pemimpin-pemimpin Pas ini memutar belitkan cerita wang ehsan untuk mendakwa kononnya rakyat Terengganu telah dizalimi. Fitnah-fitnah ini dilemparkan oleh Pas untuk mengabui mata rakyat mengenai penyelewengan yang mungkin mereka lakukan ke atas peruntukan wang ehsan.

Inilah peribadi orang yang memperalatkan agama, memfitnah untuk mendapat popularitidan cuba mengelak rakyat daripada mengetahui kelemahan sebenar mereka.

Jawapan kepada fitnah-fitnah Pas mengenai wang ehsan

Para pemimpin Pas melemparkan pelbagai tuduhan terhadap UMNO demi menyelamatkan imej mereka yang tercalar. Jelaslah Pas tidak dapat dipercayai.

FITNAH 1: Kerajaan Pusat menggunakan Petronas untuk tujuan politik UMNO

Pas memulakan gerak gempur dengan meniupkan perasaan ragu-ragu di kalangan
rakyat mengenai kuasa Kerajaan Pusat dalam menentukan halatuju wang ehsan.
Menurut mereka, Petronas merupakan sebuah entitiperniagaan tidak sepatutnya
terlibat dengan politik dan Kerajaan Pusat tidak berhak menentukan bagaimanakah
Petronas mahu menjalankan perniagaannya.

Jelas Pas tidak faham mengenai tujuan Petronas diwujudkan dan entity pemilikan
Petronas. Petronas ditubuhkan atas kehendak Kerajaan Pusat melalui Akta Kemajuan
Petroleum. Pemegang sahamnya ialah Kerajaan Persekutuan. Sebagai pemegang saham Kerajaan pusat berhak menentukan hala tuju syarikat berkenaan di mana Perdana Menteri mempunyai kuasa tertentu di dalam Petronas. Ini bertepatan dengan Akta Kemajuan Petroliam 1974 yang menyebut:
"Perbadanan (Petronas hendaklah tertakluk kepada kawalan dan arahan Perdana Menteri dan Perdana Menteri boleh dari semasa ke semasa mengeluarkan arahan yang difikirkannya patut. Walau apapun peruntuka-peruntukan Akta Syarikat 1965, atau mana-mana undang-yundang bertulis yang lain yang berlawanan, Perbadanan hendaklah terikat kepada arahan yang dikeluarkan sedemikian."

(Seksyen 3(2) Akta Kemajuan Petroliam 1974)

Berdasarkan kuasa inilah maka Kerajaan Pusat berhak mengubah mekanisme
pembayaran Petronas itu atas prinsip membolehkan rakyat Terengganu terus
menikmati pembangunan. Perkara ini tidak pernah diberikan penjelasan oleh Pas.

Mereka menyembunyikan fakta sebenar sebaliknya bertekad memburukkan imej
Kerajaan Pusat dan UMNO dengan menyebar fitnah serta mendakwa Kerajaan Pusat
sebagai perompak bertujuan menguntungkan politik mereka.

Ketika mula-mula isu wang ehasn ini timbul, oleh kerana Pas menyedari mereka tidak
mempunyai peluang menang di mahkamah maka mereka tidak berhasrat untuk
menyaman Kerajaan Pusat. Kononnya mereka ingin mahkamah rakyat (pilihanraya)
menentukannya pada tahun 2004 nanti.

Kini mereka berubah fikiran. Sekarang mereka beria-ia ingin menyaman Kerajaan
Pusat. Mereka ingin bermain politik kerana dengan menyaman Kerajaan Pusat dan
kemudiannya kalah, mereka akan berpeluang membuat tuduhan palsu kononnya
mahkamah di Malaysia adalah mahkamah yang dikuasai oleh Kerajaan Pusat.

Para pemimipin Pas mahu supaya imej palsu mereka sebagai orang yang teraniaya
terus disebarkan. Inilah dia politik tuding jari Pas. Apabila sesuatu keputusan tidak
memihak kepada mereka ia adalah kerana mahkamah dikuasai kerajaan tetapi apabila
sesuatu keputusan mahkamah menyebelahi mereka itu kononnya keadilan daripada
Tuhan. Nama Tuhan telah diperalatkan oleh Pas untuk kuasa politik.

FITNAH 2: Kerajaan Pusat menghukum rakyat Terengganu

Pas menuduh Kerajaan Pusat menghukum rakyat Terengganu yang memilih Pas
dalam pilihanraya umum lalu dengan cara menafikan pembayaran
wang ehsan. Ini merupakan pembohongan terang-terangan. Semua orang tahu bahawa
Kerajaan Pusat bukannya ingin menidakkan pembayaran kepada rakyat Terengganu.
Kerajaan Pusat tetap membayar, Cuma mekanisme yang dipilih adalah berbeza.

Mana benarnya dakwaan kononnya wang ehsan tersebut tidak diberikan kepada
rakyat Terengganu? Bukankah kini penyaluran wang ehsan melalui cara di atas telah
bergerak lancar di Terengganu dengan adanya Progran Gerak Mesra Rakyat (GMR).

Antara yang mendapat faedah ialah rakyat Terengganu yang boleh dikategorikan
kepada 5 kumpulan iaitu:

A. Bantuan kepada bekas penerima bantuan am yang dipotong oleh Jabatan Kebajikan
Negeri akibat tindakan zalim Kerajaan Pas Terengganu.
B. Bantuan kepada ibu tunggal
C. Bantuan kepada warga miskin
D. Bantuan kepada orang cacat dan kurang upaya
E. Bantuan kepada warga tua

Bukankah ini bukti yang menunjukkan Kerajaan Pusat tidak berniat untuk membalas dendam? Mana-mana orang miskin, ibu tunggal dan warga tua di Terengganu termasuk mereka yang menyokong Pas akan menerima bantuan tersebut.

Pada tahun 2000, Terengganu telahpun menerima peruntukan wang ehsan berjumlah RM912 juta iaitu RM432 juta yang diterima pada Februari 2000 manakala pemberian kedua berjumlah RM480 juta.

FITNAH 3: Dakwaan kononnya UMNO selewengkan wang ehsan

Fitnah terbaru yang dilemparkan oleh Pas terhadap UMNO ialah dengan mendakwa
UMNO telah menyelewengkan wang ehsan Terengganu untuk kepentingan
politiknya.

UMNO sebagai sebuah organisasi politik tidak mempunyai apa-apa kuasa di atas
penyaluran wang ehsan Terengganu.

Bukan UMNO yang menguruskan wang ehsan itu. Yang menguruskannya ialah
Kerajaan Pusat menerusi Jawatankuasa Peringkat Pusat (JPP). Masalah UMNO
menyelewengkan wang ehsan tidak timbul kerana pengagihan itu bukan dibuat oleh
UMNO. Ia dibuat oleh JPP dan JPP diketuai dan dianggotai oleh para pegawai kanan
perkhidmatan awam Malaysia.

Daripada peruntukan RM480 juta wang ehsan yang dibayar oleh KerajaanPusat
melalui JPP, sebanyak RM80 juta disalurkan kepada Unit Penyelarasan
Pelaksanaan (UPP), RM130 juta untuk sektor pendidikan, RM50 juta untuk
Pembangunan Usahawan, RM20 juta untuk Kebajikan Masyarakat, RM100 juta
disalurkan untuk Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan
RM50 juta untuk membina rumah kos rendah untuk rakyat termiskin
Terengganu. Selain daripada itu sebanyak RM10 juta juga diperuntukkan di
bawah bantuan khas bencana alam, RM20 juta bagi keperluan harian golongan
miskin di bawah program pembangunan Mesra Rakyat, RM450,000
diperuntukkan untuk 1500 orang bekas penerima bantuan am yang dinafikan
hak mereka oleh kerajaan Pas, RM6.25 juta diberikan kepada keluarga miskin
dan anak nelayan untuk menyambut Hari Raya, RM480,000 untuk ibu tunggal
dan RM144,000 untuk golongan cacat.

Berdasarkan data-data yang diberikan, UMNO tidak langsung termasuk di dalam pihak yang diberikan peruntukan oleh JPP. Bagaimanakah Pas boleh menuduh wang ehsan tersebut diberikan kepada UMNO dan diselewengkan untuk kegunaan politik parti?

Kerajaan Pusat telus dalam menyenaraikan jabatan-jabatan dan unit perkhidmatan awam yang akan ,mengagihkan wang ehsan RM480 juta. Bandingkan senarai itu dengan apa yang telah Kerajaan Pas Terengganu buat dengan wang ehsan senbanyak RM432 juta yang mereka terima pada bulan Februari 2000. Ke mana lesapnya duit RM432 juta itu?

UMNO tidak mendapat apa-apa peruntukan pun. Rakyat telah disalahfahamkan oleh Pas.

Dengan mengambil kesempatan di atas ketidakfahaman rakyat ini Pas berjaya meniup semangat kebencian terhadap UMNO. UMNO di Terengganu tidak mempunyai apa-apa kuasa dalam menentukan hala tuju pemberian wang ehsan. Pengurusannya dibuat oleh para pegawai perkhidmatan awam dalam JPP.

FITNAH 4: Wang ehsan diselewengkan oleh JKKK

Pas seterusnya menuduh wang ehsan telah diselewengkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang sebahagiannya adalah ahli-ahli UMNO. Ini adalah satu lagi fitnah besar Pas. Para pemimipin parti itu cuba menghasut rakyat supaya memandang serong terhadap UMNO.

Setiap lapisan rakyat Terengganu mendapat faedah daripada wang ehsan. Ahli-ahli Pas juga mendapat wang tersebut.

Jika berlaku penyelewengan dalam agihan wang ehsan, ahli JKKK yang menyeleweng akan dikenakan tindakan. Sekiranya rakyat nampak sebarang salah laku, dapatkan butiran terperinci penyelewengan tersebut dan laporkannya kepada UMNO dan pihak berkuasa.

Namun hingga kini tiada siapapun tampil membuat laporan. Nyatalah segala tuduhan itu hanyalah andaian. Andaian yang tidak dapat dibuktikan adalah fitnah.

FITNAH 5: Wang ehsan adalah wang curi, justeru ia haram

Inilah fatwa terbaru daripada Hadi Awang yang begitu mudah mengeluarkan hukum untuk kepentingan politiknya. Dia menggunakan sentimen keagamaan untuk menakut-nakutkan rakyat. Dia tidak mahu penyaluran wang ehsan melalui JPP itu berjaya kerana ia akan menunjukkan kejayaan Kerajaan Pusat. Nampaknya Hadi Awang macam ingin rakyat Terengganu hidup di dalam kemunduran dan kedaifan.

Dalam satu ceramahnya di Terengganu dia secara analogi membuat fatwa yang mengatakan wang ehsan yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat adalah haram. Menurut Hadi, kenduri (analoginya untuk pemberian wang ehsan) yang dibuat adalah untuk kebaikan namun sekiranya dalam kenduri tersebut daging yang dihidangkan daripada daging yang dicuri oleh orang yang mengadakan kenduri maka ia dalah haram walaupun untuk tujuan kebaikan.

Beginilah perangai hadi Awang mengeluarkan fatwa. Dia tidak berani mengeluarkan fatwa secara terang-terangan untuk mengatakan wang ehsan adalah haram seperti mana fatwanya dalam mengkafirkan UMNO. Dia bermain-main bahasa dan membiarkan umat Islam berada di dalam keraguan. Inilah juga cara dia mengeluarkan Amanat Hadi yang telah memacahbelahkan umat Islam di Malaysia sebelum ini.

Kita ingin bertanya kenapa Hadi kata wang ehsan itu haram. Hadi menggunakan kaedah Qias yang salah dalam menentukan permasalahan ini. Tidak ada persamaan langsung Qias itu dalam menentukan apakah wang ehsan petroleum Terengganu itu wang curi. Janganlah hanya kerana ia tidak disalurkan menerusi Kerajaan Negeri maka ia dikatakan wang curi hatta dihukumkan haram. Apakah kalau disalurkan melalui Kerajaan negeri baru ia halal.

Wang tersebut bukannya hak Kerajaan Negeri Terengganu. Wang tersebut sepertimana yang dikatakan sendiri oleh Pas adalah hak rakyat dan wang tersebut telah kembali kepada rakyat melalui program penyaluran JPP.

Tiada pelanggaran kontrak berlaku di sini.

WANG EHSAN DARI SUDUT UNDANG-UNDANG

Menurut pentafsiran undang-undang, tidak ada negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Terengganu berhak mendapat royaltibagi perolehan minyak kerana tidak ada petroleum dijumpai di dalam mana-mana negeri tersebut. Menurut Kanun Tanah Negara 1928, tanah negeri ditakrifkan sebagai meliputi semua tanah di dalam negeri “termasuklah pesisir bawah dan dasar laut di dalam perairan wilayah negeri berkenaan”.

Mengikut Emergency Ordinance No 11 1969 pula, takrif perairan wilayah sesebuah negeri ialah 3 batu nautika daripada paras air surut. Di luar 3 batu nautika, itu adalah pelantar benua yang menjadi kebangsaan. Semua sumber petroleum yang ditemui di kawasan itu, sama dalam kes di Terengganu, adalah menjadi hak Kerajaan Pusat.

Dalam kes di Terengganu, oleh kerana petroleum dijumpai kira-kira 150 kilometer di luar kawasan perairan negeri, Terengganu sebenarnya tidak berhak mendapat apa-apa pembayaran kerana perolehan petroleum tersebut ialah di kawasan pelantar benua yang menjadi hak Kerajaan Pusat. Dalam ertikata lain, petroleum itu menjadi hak Kerajaan Pusat. Bagaimanakah Kerajaan Pusat yang memberikan haknya kepada rakyat Terengganu boleh dituduh sebagai merompak?

Tambahan pula jika diteliti perjanjian pembayaran tunai kepada terengganu, sebenarnya ia hanyalah satu perjanjian persefajhaman (MOU) di antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Petronas. Dalam istilah undang-undang, perjanjian sebanyak enam perenggan itu “tidak merupakan perlunasan kepada penghartaan atau pemilikan harta.”

Penghartaan terjadi kepada perjanjian atau pemberian dan dalam kes ini penghartaan secara konsepnya adalah dipegang oleh Terengganu. Namun realitinya oleh kerana telaga minyak berada di kawasan pelantar benua yang menjadi milik Kerajaan pusat maka terengganu tidak ada asas kepada penghartaan tersebut.

Konsep kedua ialah apabila kita menandatangani perjanjian ia haruslah mempunyai unsur-unsur balasan. Perjanjian yang ditandatangani pada 22 Mac 1975 tidak ada balasan. Perjanjian itu hanya satu persefahaman yang ditunjukkan oleh Kerajaan Pusat pada waktu itu untuk membantu Terengganu yang merupakan sebuah negeri majority Melayu yang serba miskin dan daif. Perjanjian itu jelas merupakan satu MOU.

Sementara itu dalam isu halal haram dari segi hukum agama, kenapa pula Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Petroleum dan Perindustrian Kerajaan Pas Terengganu, Mustafa Ali dalam satu kenyataannya ingin bekerjasama dengan Kerajaan Pusat melaksanakan projek pembangunan menggunakan wang ehsan. Nampaknya bagi Mustafa tidak timbul soal haram kerana ia menguntungkan politik Pas.

Atau Mungkinkah wang ehsan hanya haram apabila tidak diberikan kepada Pas tetapi halal jika Pas merasai sedikit wang ehsan tersebut.

Apakah hukum-hakam agama boleh ditafsirkan sesuka hati mengikut kepentingan politik Pas?

Kesimpulan

Fitnah-fitnah yang telah dikeluarkan oleh Pas mengenai wang ehsan bermotifkan politik untuk terus berkuasa hasil sumbangan fitnah-fitnah yang ditaburkan. Mereka bukan hendak membela hak rakyat. Walaupun fitnah-fitnah telah disebarkan oleh Pas sejak kemenangan parti itu di terengganu pada bulan November 1999, kita percaya kebenaran akan tetap menang.

Kita mengajak rakyat Terengganu supaya sedar. Kita tahu mereka semakin muak dan jelek melihat telatah wakil-wakil rakyat Pas yang hanya pandai berceramah tetapi tidak tahu mentadbir. Pas pandai menuding jari kepada orang lain tetapi lupa penyelewengan sendiri termasuk sanggup berpolitik menggunakan agama dan fitnah sebagai senjata. Moga-moga Terengganu diselamatkan daripada pemerintahan yang putar belit ini.
BORDER-TOP: #dfdfdf 1px solid; OVERFLOW: auto; BORDER-LEFT: #dfdfdf 1px solid; WIDTH: 160px; BORDER-BOTTOM: #dfdfdf 1px solid; HEIGHT: 80px">



Download player

Windows Media Player 10    download real player


 

Petikan Daripada Laman Web UMNO Online





 

 



ANGKATAN MUSLIM NASIONAL (AMANU)